Thursday 27 June 2013

Lasagne ♥

 Holla and assalamualaikum semua. Alhamdulilah hari ni aku rasa semangat sikit untuk ke sekolah sebab jerebu pon dah semakin pulih. Ceh semangat lah sangat, haha. Okay hari ni best sangat sebab balik je rumah tadi, abang aku tengah masak bahan-bahan for lasagne. Seriously sedap sangat bau tu. Tak tahu apa tu lasagne ? Itulah makanan orang Italy. Rasa lagsane ni lebih kurang macam rasa spaghetti lah cuma lasagne ni ianya menggunakan kepingan-kepingan je. Lasagne ni kalau banyak cheese yang digunakan comfirm mesti sedap wooo macam abang aku buat ni. Kalau makan banyak sangat pon boleh muak juga tapi kalau dah favourite tu, hmmmm mestilah tak muak punya. Bagi yang tak reti nak makan tu better jangan makan kay, takot-takot nanti kamu loya pula, ala maklumlah makanan orang barat ni memang pelik-pelik sikit tapi bagi sesiapa yang dah biasa tu baguslah tak lah membazir nanti. First sekali hari tu aku ngan my mom pergi cari kepingan lasagne ni kat Jasin then punyalah cari lasagne tu kat semua shopping yang ada kat Jasin ni satu pon tak ada jual. Sabor je lah~~ Lepas tu pergi cari kat Tesco, barulah jumpa benda alah tu. Mama kata maybe orang Jasin ni tak pernah cuba makanan lain kot ? Haha, iakan je lah. Kay lah sampai sini je lah update pasal my dinner today. Tata !


Inilah rupa lasagne ni. ☺

So nyummy.... ><


Tuesday 25 June 2013

My Tea Time >.<

Assalamualaikum and hello to all my readers. Walaupon hari ini aku sakit tetapi aku still boleh berdiri macam biasa untuk ke sekolah. Tadi kat sekolah seriously kepala sakit sangat and tiba je waktu rehat lega sikit tapi kelas selepas rehat pula, adushhh~ Ya Allah bertepu rasanya kelas tu dengan jerebu. Panasssss.... :( Anyway, walaupon cuaca hari ni berbahang tetap ku sabar and bertahan juga. Sampai saja rumah terus sejukkan badan then tengok abang aku buat doh for pizza. Wow ! seriously sedap sangat-sangat bau bahan yang abang aku buat tu. Bahan yang kita orang gunakan tu semuanya mama dah sediakan untuk buat pizza or macam-macam lagi lah boleh buat. Dalam dia tengah buat doh tu, aku juga ada tolong dia juga. Tolong potong-potongkan sayur untuk atas pizza tu. Perghhhh, keliur je tengok pizza tu time tengah bakar dalam oven. Okaylah sampai sini je lah aku update ☺ Chiow !  


Time tengah bakar pizza ni. Seriously baunya memang sedap.

Ni lah pizzanya yang telah siap dipotong. Nyummy-nyummy ><

Ni lah abang aku yang bakal menjadi chef suatu hari nanti.
Amin =)

Sunday 23 June 2013

Jerebu ! Huh -_-'

Assalamualaikum kepada semua reader-reader sekalian. Tomorrow, seluruh sekolah di Melaka cuti woooo! Ni yang best ni, haha~ .Tapi... hmmmm, yang tak bestnya kena hadap jerebu ni lah. Arghhhhh ! Jerebu punya pasal, darurat terus dekat sesetengah buah negeri di Malaysia ni. So sad :'( Nak keluar rumah pon untuk wat aktiviti di waktu petang pon tak boleh nak buat sebab jerebu teruk ni. Eeeeee, sabar je lahh. Nak buat macam mana kan, dah terjadi dah pon. Apa-apa pon kita mestilah berdoa kepada Allah agar hujan turun kasi releaskan jerebu yang teruk ni. Aku dah lama tak datang sekolah since second day jerebu tu. Fuhhh~ mula-mula kena batuk, then bersin-bersin and punyalah teruk aku bersin terus kena selsema pastu baru demam. Ya Allah sakitnya time tu sebab 3 penyakit datang dalam satu masa sekejap je. Jerebu ni ingatkan hari ni dah makin pulih tapi sebaliknya pula. Damn ! tak larat rasanya nak kena hadap cuaca macam ni. Nak tak nak terpaksalah bersabar untuk menempuh keadaan cuaca sebegitu. Okay lah sampai sini sajalah aku update ya. Bagi yang penunggang motorsikal tu yang suka ke hulur ke hilir jangan lupa pakai mask ya bila diluar tu. Tata !

Jarak penglihatan dari tempat tinggal Haz ke Bukit Senggeh.
Terukkan jerebu hari ni :(

Friday 21 June 2013

Finally :)

Assalamualaikum and hye kepada semua pembaca blog ini. Fuhhh, finally siap pon aku tukar-tukar kan background ni, header and macam-macam lagi lah. Seriously, pada mulanya susah and lastly, alhamdulilah dapat pon siapkan. Tiba-tiba pula timbulnya minat nak ber-blogging ni sejak dah pandai nak ubah suai and naikkan taraf blog ni, haha. Anyway aku sebernanya dapat bantuan juga daripada blog-blog yang lain and kena lah tengok tuto itu ini semua tu lah kalau nak kasi blog ni cantik. Okaylah samapi sini je lah aku update. Kay salam~

Thursday 20 June 2013

Newbie Here ♥ Hi ! ! !



Assalamualaikum and hello to all readers ! Here, aku baru saja buat blog yang baru cause blog yang lama tu tak boleh nak buka pula dah. Hmmm, tak apa lah. Ber-blogging ni mungkin adalah sikit-sikit minat, haha. Anyway, my name is Haziq Faris, age-15 years and aku stay kat Melaka area Jasin and Durian Tunggal. Hope blog aku ni dapat menarik minat untuk reader-reader sekalian ya ☺Okay sampai sini saja lah aku update untuk hari ini. Salam~