Friday 2 August 2013

Problem With My Friend :'(

Holla and assalamualaikum to all my readers. Woahhh, lama dah tak update blogger ni, haha~ maklumlah busy untuk trial PMR. Kejapan je dah masuk hari jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan ni. Pejam celik- pejam celik sekejap je kan dah nak raya :D .Hmmmm, walaupon sekejap je dah nak raya ada satu masalah yang aku tak dapat nak selesaikan masalah ni. Masalahnya dengan seorang rakan ku yang kini hanya berdiam kan diri apabila aku menegurnya untuk meminta maaf atas perkara yang berlaku masa hari jumaat minggu lepas. Bukan apa, masalahnya berpunca daripada pasal design baju but him sentiasa je complain bila aku letak colour itu and corak yang aku dengan Adli dah setuju. Penat tau kita design cantik-cantik tapi banyak pula complain yang menyakitkan hati. Please friend~ I hope you know who you are. Kau pon sebernanya menyakitkan hati aku tapi aku yang minta maaf kat kau and why susah sangat kau nak sedar ya yang kau pon buat orang lain sakit hati juga ? Hmmmm,YOU SELFISH AND YOU JUST THINK YOU'RE ALWAYS RIGHT lah friend~ A tongue has no bones but it is strong enough to break a heart, Be careful with your words. Jangan lah asyik fikir merajuk and kecik hati kau seorang je, aku pon kecik hati juga tau bila kau complain bagai macam tuh. Sentap tuh memang ada but kau bila aku balas balik dengan mengatakan macam ni ''sakit pula hati aku ni bila bercakap ngan dia ni'' Kau pula yang sentap habis sampaikan tak bertegur aku langsung sampai ke hari ini. Aku berharap agar hati kau terbuka and lagi satu aku harap sangat-sangat kau tu boleh berubah untuk menerima pandangan orang lain juga. Please, jangan childish sangatlah and aku harap kau sedar siapa diri kau. Hati aku masa kau complain pada hari itu, hanya Allah saja yang tahu but kau tu je yang tak pernah memahami perasaan orang lain. Just ini je lah note for you friend and please beware dengan lidah kamu tu masa complain bagai semua tuh. Semua orang ada perasaan. Dah-dah je lah dengan merajuk kau tu ya kawan, kita berdamai je lah kay ☺ I hope we can be friend again. Okay, sampai sini je lah nak share problem ngan you guys. Tata !

Wednesday 10 July 2013

Ramadan ☺

Assalamualaikum and hello guys ! Woaaahhh, lama dah tak update blog ni. Hmmmm, hari ni and bulan ni adalah yang paling mulia sekali kerana pada bulan ini adalah bulan Ramadan Al-Mubarak. Hari ni memang betul-betul kena uji daripada Allah SWT sebab aku hari ni berpuasa dalam keadaan lemah and sakit. Fuhhh~ nasib badan nak buat macam mana, redha je lah :( Anyway aku dapat berpuasa juga walaupon dalam keadaan sakit. Betul-betul menguji iman wooo, hahaha >.< Tetapi jikalau perkara yang wajib seperti solat 5 waktu sehari semalam tak buat maka sia-sia sajalah ibadah puasa mu itu, Ingat ! Hope sangat-sangat Ramadhan kali ini penuh bermakna buat ku, Insya'Allah. Tadi masa pergi ke bazaar untuk beli kuih-muih, aku rasa pelik sangat sebab tengok kuih-muih yang makcik tu buat macam blurrr je aku tengoknya. Hmmm, bajet yang ayah kasi RM10 tapi aku guna RM8 je. Beli tiga jenis kuih je pastu chiow terus balik rumah. Kuih yang kita harapkan sangat pula tak ada dijual. Sabar je lah, maybe next time kott~ haha. Ok lah sampai sini je lah aku update untuk hari ni. Bye2x ! ;*

Thursday 27 June 2013

Lasagne ♥

 Holla and assalamualaikum semua. Alhamdulilah hari ni aku rasa semangat sikit untuk ke sekolah sebab jerebu pon dah semakin pulih. Ceh semangat lah sangat, haha. Okay hari ni best sangat sebab balik je rumah tadi, abang aku tengah masak bahan-bahan for lasagne. Seriously sedap sangat bau tu. Tak tahu apa tu lasagne ? Itulah makanan orang Italy. Rasa lagsane ni lebih kurang macam rasa spaghetti lah cuma lasagne ni ianya menggunakan kepingan-kepingan je. Lasagne ni kalau banyak cheese yang digunakan comfirm mesti sedap wooo macam abang aku buat ni. Kalau makan banyak sangat pon boleh muak juga tapi kalau dah favourite tu, hmmmm mestilah tak muak punya. Bagi yang tak reti nak makan tu better jangan makan kay, takot-takot nanti kamu loya pula, ala maklumlah makanan orang barat ni memang pelik-pelik sikit tapi bagi sesiapa yang dah biasa tu baguslah tak lah membazir nanti. First sekali hari tu aku ngan my mom pergi cari kepingan lasagne ni kat Jasin then punyalah cari lasagne tu kat semua shopping yang ada kat Jasin ni satu pon tak ada jual. Sabor je lah~~ Lepas tu pergi cari kat Tesco, barulah jumpa benda alah tu. Mama kata maybe orang Jasin ni tak pernah cuba makanan lain kot ? Haha, iakan je lah. Kay lah sampai sini je lah update pasal my dinner today. Tata !


Inilah rupa lasagne ni. ☺

So nyummy.... ><


Tuesday 25 June 2013

My Tea Time >.<

Assalamualaikum and hello to all my readers. Walaupon hari ini aku sakit tetapi aku still boleh berdiri macam biasa untuk ke sekolah. Tadi kat sekolah seriously kepala sakit sangat and tiba je waktu rehat lega sikit tapi kelas selepas rehat pula, adushhh~ Ya Allah bertepu rasanya kelas tu dengan jerebu. Panasssss.... :( Anyway, walaupon cuaca hari ni berbahang tetap ku sabar and bertahan juga. Sampai saja rumah terus sejukkan badan then tengok abang aku buat doh for pizza. Wow ! seriously sedap sangat-sangat bau bahan yang abang aku buat tu. Bahan yang kita orang gunakan tu semuanya mama dah sediakan untuk buat pizza or macam-macam lagi lah boleh buat. Dalam dia tengah buat doh tu, aku juga ada tolong dia juga. Tolong potong-potongkan sayur untuk atas pizza tu. Perghhhh, keliur je tengok pizza tu time tengah bakar dalam oven. Okaylah sampai sini je lah aku update ☺ Chiow !  


Time tengah bakar pizza ni. Seriously baunya memang sedap.

Ni lah pizzanya yang telah siap dipotong. Nyummy-nyummy ><

Ni lah abang aku yang bakal menjadi chef suatu hari nanti.
Amin =)

Sunday 23 June 2013

Jerebu ! Huh -_-'

Assalamualaikum kepada semua reader-reader sekalian. Tomorrow, seluruh sekolah di Melaka cuti woooo! Ni yang best ni, haha~ .Tapi... hmmmm, yang tak bestnya kena hadap jerebu ni lah. Arghhhhh ! Jerebu punya pasal, darurat terus dekat sesetengah buah negeri di Malaysia ni. So sad :'( Nak keluar rumah pon untuk wat aktiviti di waktu petang pon tak boleh nak buat sebab jerebu teruk ni. Eeeeee, sabar je lahh. Nak buat macam mana kan, dah terjadi dah pon. Apa-apa pon kita mestilah berdoa kepada Allah agar hujan turun kasi releaskan jerebu yang teruk ni. Aku dah lama tak datang sekolah since second day jerebu tu. Fuhhh~ mula-mula kena batuk, then bersin-bersin and punyalah teruk aku bersin terus kena selsema pastu baru demam. Ya Allah sakitnya time tu sebab 3 penyakit datang dalam satu masa sekejap je. Jerebu ni ingatkan hari ni dah makin pulih tapi sebaliknya pula. Damn ! tak larat rasanya nak kena hadap cuaca macam ni. Nak tak nak terpaksalah bersabar untuk menempuh keadaan cuaca sebegitu. Okay lah sampai sini sajalah aku update ya. Bagi yang penunggang motorsikal tu yang suka ke hulur ke hilir jangan lupa pakai mask ya bila diluar tu. Tata !

Jarak penglihatan dari tempat tinggal Haz ke Bukit Senggeh.
Terukkan jerebu hari ni :(

Friday 21 June 2013

Finally :)

Assalamualaikum and hye kepada semua pembaca blog ini. Fuhhh, finally siap pon aku tukar-tukar kan background ni, header and macam-macam lagi lah. Seriously, pada mulanya susah and lastly, alhamdulilah dapat pon siapkan. Tiba-tiba pula timbulnya minat nak ber-blogging ni sejak dah pandai nak ubah suai and naikkan taraf blog ni, haha. Anyway aku sebernanya dapat bantuan juga daripada blog-blog yang lain and kena lah tengok tuto itu ini semua tu lah kalau nak kasi blog ni cantik. Okaylah samapi sini je lah aku update. Kay salam~

Thursday 20 June 2013

Newbie Here ♥ Hi ! ! !



Assalamualaikum and hello to all readers ! Here, aku baru saja buat blog yang baru cause blog yang lama tu tak boleh nak buka pula dah. Hmmm, tak apa lah. Ber-blogging ni mungkin adalah sikit-sikit minat, haha. Anyway, my name is Haziq Faris, age-15 years and aku stay kat Melaka area Jasin and Durian Tunggal. Hope blog aku ni dapat menarik minat untuk reader-reader sekalian ya ☺Okay sampai sini saja lah aku update untuk hari ini. Salam~